Memahami Kontrak Takaful
takaful ikhlasAmalan Takaful yang diguna pakai oleh syarikat Takaful Ikhlas pada masa ini menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisar (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).
Dalam kontrak Tabarru’, peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian daripada segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.