Tuesday, April 7, 2009

Takaful Ikhlas - Konsep Takaful

Takaful Ikhlas - Konsep Takaful


Konsep takaful dibawah Takaful Ikhlas merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun.



Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dikalangan pesertanya.


Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah saw yang antaranya:

Dalil Kerjasama :
"Allah swt akan sentiasa membantu hambaNya selagi
mereka saling membantu antara sama lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab :
"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman
sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah
satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh
anggota yang lain juga akan merasainya."
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi :
"Demi hayatku berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa
akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya
yang berada dalam kesusahan."
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Berasakan hadith diatas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujub untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.




takaful ikhlas