Memahami Kontrak Takaful
takaful ikhlasAmalan Takaful yang  diguna pakai oleh syarikat Takaful Ikhlas pada masa ini menggunakan gabungan dua  jenis ‘Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan  Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba  (faedah), Maisar (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).
Dalam kontrak  Tabarru’, peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang kepada suatu dana  dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian daripada  segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada  mereka.
Melalui kontrak  Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada satu dana yang diuruskan  oleh sesebuah syarikat / pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada  pelaburan tersebut.
Keistimewaan /  Manfaat Takaful
Sistem Takaful  Ikhlas memberi penekanan terhadap semangat kerjasam dan tanggung jawab sesame  para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat  dalam du bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui pelan Takaful  dan perlaksanaan Mudharabah.
Kedua, ‘manfaat’  dari segi rohaniah dimana para peserta dapat memenuhi tanggung jawab yang  disyariatkan oleh agama dan tuntutan social melalui kaedah Tabarru’.  Keistimewaan tambahan daripada konsep ini adalah tidak hanya bermanfaat kepada  Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa  mengira pegangan agama mereka.
takaful  ikhlas
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


