Wednesday, January 13, 2010

Terima Kasih IMAT


 takaful ikhlas


Ini ialah kisah benar, salah seorang peserta Takaful Ikhlas Medic Card. Baru menyertai Pelan Takaful Ikhlas Medic Assist untuk beberapa bulan, telah disahkan mengidap ketumbuhan dalam otak. 



Siapa boleh menduga perkara yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang penting kita buat persiapan yang terbaik untuk kita dan keluarga yang tersayang.


Dizaman sekarang, suami isteri bekerja dan purata pendapatan bulan ialah RM3,000 - RM4,000 untuk pasangan yang baru bekerja.


Kalau yang sudah bekerja 10 tahun, sudah tentu pendapatan sudah lebih dari itu.


Yang penting merancanglah kewangan anda dengan betul.
Yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu ditangguhkan dan akhir sekali yang mana perlu dielakkan dari membeli.


Kalau ada 2-3 orang anak, memadailah dengan kereta Wira sahaja, jangan bila keluar Exora, berebut nak buat 'booking'. Lainlah kalau ada anak 5 orang.


Jangan sekali kali tengok apa jiran ada. Pantang jiran beli kereta baru, kita pun nak berlumba nak beli kereta baru. Keluarga kita tanggung jawab kita. Beli bila perlu!!

Guna formula berikut : 

a. Gaji - Simpanan = Belanja Yang Perlu


b. Bukan : Gaji - Belanja = Simpanan!!


Kalau cara 'b' kita hidup, jawabnya ialah berhutang lah kita.


Fikir fikirkan lah. 

takaful ikhlas