Showing posts with label Renungan Agama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Agama. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

SURAT DARI SHEIKH ABD AL-FATTAH ABU GHUDDAH KEPADA MAULANA ZAKARIA AL-KANDAHLAWI


takaful ikhlas


Saudara/i Semua,

Maulana Zakaria adalah seorang ulama hadis tersohor. Beliau telah menulis berbagai kitab di dalam bidang hadis dan menjadi rujukan hampir di seluroh dunia. Beliau dikenali sebagai "Syeikhul Hadis" bukan sahaja di "IndoPak" namun juga di Tanah Arab. Penuntut beliau terdiri dari orang 'Ajam dan bukan 'Ajam. Sebahagian besar menjadi ulama terkenal. Atas sebab kepakaran beliau dalam bidang hadis maka beliau menjadi sumber rujukan oleh ulama sezaman dengan beliau di "IndoPak' juga dari Tanah Arab.Beliau juga pernah mengajar hadis di Madinah Al-Munawwarah beberapa tahun sebelum kewafatan beliau.
takaful ikhlas

Pemain Bola Sepak Islam

Pemain Bola Sepak Islam


takaful ikhlas
Di antara banyak-banyak sukan permainan yang paling tinggi rating dan banyak peminat di seluroh dunia adalah permainan bola sepak. Hampir di seluroh dunia kita akan dapati sukan ini akan dipertandingkann oleh seluroh masyarakat. Dari pedalaman Afrika hingga ke pendalaman Amarika Latin. Malah sesetengah negara permainanan bola sepak ini dianggap sukan yang paling berpristij yang akan mengangkat martabat sesebuah negara. Malah disesetengah negara ianya dianggap seolah-olah ‘agama’ kedua.

Teringat kita bagaimana Perancis beberapa tahun yang lalu agak ketara menindas penduduk Islamnya, berlebih lagi kepada pendatang Islam khas dari negara-negara Islam Afrika Utara. Pengharaman tudung pada pelajar Muslim di Perancis beberapa tahun yangb lalu begitu ketara, hinggakan ianya menjadi isu antarabangsa. Namun penekanan ini berkurangan sehingga
 
akhirnya hilang begitu sahaja.

Wednesday, January 13, 2010

Untuk Direnungi dan Difikirkan

 Untuk Direnungi dan Difikirkan


takaful ikhlas

Penggunaan Kalimah Allah telah memberi ruang yang banyak kepada pendakyah Kristian di Indonesia. Bukan hanya kalimat Allah yang mereka gunakan tetapi juga kalimah yang lain seperti solat, qiblat, siratal mustaqim dan lain-lain lagi. Pada hari Natal mereka menyambut dengan pakaian Islam seperti jubah ketayap putih, tudung telekong tetapi juga berpalang salib di leher mereka.Kalau dihujjah kepada mereka ,"mengapa memakai pakaian Islam begitu?". Pasti mereka akan berkata,"Ini bukan pakaian Islam tetapi pakaian orang-orang Arab, Abu Jahal juga berpakaian begini, Abu Lahab juga berpakaian begini dan orang kafir di zaman Mekah juga berpakaian begini,".

Tuesday, November 10, 2009

Kenapa berdakwah sedangkan ilmu belum sempurna?

Kenapa berdakwah sedangkan ilmu belum sempurna? 

takaful ikhlas


Soalan: Bolehkah seseorang keluar bertabligh bilamana dia sendiri tidak tahu pun solah jenazah dan tidak tahu makna satu ayat pun dari Al-Quran?

Jawapan:


Wednesday, September 16, 2009

Mengapa Nahi Mungkar Tidak Dilaksanakan : Jawapan II

Mengapa Nahi Mungkar Tidak 

DiLaksanakan : Jawapan II

takaful ikhlas


Terjemahan jawapan dari Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
http://islam.tc/askimam/view.php?q=6427)


Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar.



Penerangan terhadap Kitab Fadha'il Amal

Penerangan Terhadap Kitab 

Fadha'il Amal

takaful ikhlas
Soalan : Mengapa Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu'?

Jawapan 1 : Penerangan dari Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahimahullah), Mufti Besar Darul Ulum Deoband dalam fatwa beliau pada 24/3/1395 AH:

"Kemungkinan besar tidak ada hadith yang disepakati oleh semua ulama' sebagai maudhu'. Bagaimana pun terdapat hadith yang dianggap dha'if atau lemah malah dilabel sebagai palsu oleh sebahagian ulama'. Pengarang kitab Fadha'il Amal yang mulia (Maulana Zakariyya rah.) sendiri telah menyentuh tentang perkara ini. Kitab 'Tadribur Rawi' menerangkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan hadith dho'if berkaitan dengan fadhilat atau kelebihan-kelebihan amal. 


Thursday, September 3, 2009

Mengapa Keluar 3H,40H,4Bulan

MENGAPA KELUAR 3HARI, 40HARI, 4BULAN

takaful ikhlas

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah:



Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.


(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:



Sunday, August 23, 2009

Kenapa Berdakwah Kepadas Orang Orang Islam

Kenapa Berdakwah Kepada 

Orang Orang Islam

Soalan: Kepada siapa Jamaah Tabligh patut berjumpa (untuk berdakwah dan bertabligh), kepada orang2 Islam atau bukan Islam? Mengapa?

Jawapan:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Allah Taãla berfirman bahawa sesatunya sebab Ummah ini diberi gelaran Ummah Terbaik adalah amalan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Nabi (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya. (Mishkãt)



Thursday, August 6, 2009

Doa Maulana Saad

Doa Maulana Saad

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai


Wabak H1N1

Wabak H1N1 : Bagaimana 

Tindakan Kita

takaful ikhlas

Di bawah ini catatan akhbar arus perdana hari ini 6 Ogos 2009 :

Melaka catat Empat Kematian dalam tempoh Seminggu :



MELAKA 5 Ogos - Melaka mencatatkan empat kematian akibat wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) dalam tempoh seminggu dengan kematian pertama pada 28 Julai lalu.

Kebimbangan Jadi Kenyataan :


JASIN 5 Ogos - Kebimbangan sepasang suami isteri terhadap wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berakhir tragedi apabila anak kedua mereka berusia 12 tahun menjadi mangsa ke-10 virus itu.

Perak Rekod Lapan Kes Baru :


IPOH 5 Ogos - Perak mencatatkan lapan kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sejak 15 Mei lalu sebanyak 80 kes.

H1N1 :Jangan Panik Tapi Jaga Kebersihan :



Tuesday, August 4, 2009

Kepekaan Kita

Kepekaan Kita



takaful ikhlas


Telah ditakdirkan kita berada di akhir zaman. Di zaman yang hari ini dipenuhi dengan fitnah yang banyak (fitan). Saban hari kita disajikan dengan ribuan maklumat dari berbagai sumber yang boleh meruntuhkan iman kita. Kalaulah tidak dengan rahmat dan hidayat pastinya kita terjerumus di lembah kehinaan.

Sumbang Mahram, Rogol Beramai-ramai, Buang Bayi, Imam Jumaat Wanita, Murtad dan lain- lain isu yang sepatutnya tidak berlaku dan dilakukan oleh Ummat Islam. Dalam pada itu kita masih lagi tidak peka dengan isu-isu sebegini tetapi sebaliknya dilalaikan dengan hiburan dan sukan hinggakan isu-isu celebriti atau bintang sukan menjadi topik panas yang dibicangkan dalam masyarakat. Justru itu celebriti dan bintang sukan menjadi idola dan ikon anak-anak muda. 


Tidak hairan anak-anak muda belasan tahun bercita-cita untuk menjadi artis dan ruang tersebut tebuka luas sehingga program hiburan mencari bakat melata hampir disemua setesyen T,V yang bersembunyi disebalek nama “Akademi”. Terlalu sedikit yang berbentuk keagamaan dan kalau ada pun menghasilakan rating yang terlalu rendah.

Hasilnya pakaian, rambut serta gaya hidup begitu mirip kepada kehidupan celebriti tadi. Kalau dahulu sekitar tahun 80han kita akan dapati ramai remaja perempuan memakai tudung sama ada ke sekolah mau pun sewaktu tidak ke sekolah. Sebaliknya hari ini pasti kita akan melihat yang bertudung hanyalah di sekolah dan sewaktu keluar sahaja dari pada pagar sekolah akan kelihatan tudung ditanggalkan dan rambut yang berbagai fesyen dan berwarna warni dipamerkan.Pakaian amat-amat menjolok mata serta menunggang skuter mengalahkan lelaki. Tidak menhairankan kita bila didapati pelajar perempuan menedang gurunya, merokok dipagar sekolah. Pelajar lelaki merogol beramai-ramai, terlibat dengan kongsi gelab, menagih dadah serta seribu satu macam maksiat.

Ini bersesuaian dengan sabda nabi saw :

“Wakaifa bikum iza fasaqo syababukum, waiza tokhot nisa ukum, wa kasaro juhalukum. Qi la wainna haaza laka inun? Qa la : wa asyaddu min zalik”

Maknanya :

“Bagaimana keadaan kamu nanti apabila anak muda kamu menjadi fasiq, wanita hilang maruah dan kejahilan berleluasa. Sahabat bertanya apakah ini akan berlaku? Jawab nabi : lebih dari itu pun akan berlaku.”

Untuk ini setiap daripada kita bertanggungjawab merubah dengan “Qum fanzir wa rabbaka fakabbir. . . . ” dengan “Yamsyu alal ardhi haunan . . . . “

Dua bentuk usaha, Maqomi dan intiqoli ( hijrah dan nusrah ) serta menghidupkan pusat masyarakat yang terpenting iaitu masjid pada amalan yang sepatutnya. Dakwah, mangajar / belajar ilmu, ibadat dan juga khidmat. Juga mengujudkan suasana keagamaan di dalam rumah kita dan juga persekitaran kita. Usaha yang dijalankan oleh berbagai pertubuhan perlu diteruskan dan ditingkatkan, JIM, ISMA, ABIM, Hizbut Tahrir, PAS, Jemaah Tabligh dan lain-lain NGO Islam perlu diberi sokongan dan galakan.

Insyaallah ini sedikit sebanyak akan dapat memelihara kita, keluarga dan jiran-jiran dari fitnah berkenaan. Insyaallah, moga kita sama-sama dapat usahakan.

Wallahu A’lam.




takaful ikhlas

Friday, July 31, 2009

Kalau nak selamat di akhir zaman

Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu gulongan yang berperang di India dan gulongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)