Insurans Hayat Ganti MRTA / MRTT
(Bahagian 1)
takaful ikhlasSkim pinjaman  perumahan adalah pinjaman jangka masa panjang yang terdedah kepada risiko dan  perlu dilindungi insurans bagi mengelakkan pinjaman atau waris daripada dibeban  hutang sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.
Selalunya pihak bank  akan menasihatkan peminjam untuk membeli polisi insurans tempoh gadaian janji  berkurangan (mortgage reducing term assurance – MRTA ) yang bertujuan melindungi  kepentingan peminjam jika berlaku kematian atau hilang upaya.
Premium kepada  polisi MRTA/MRTT dibayar secara premium tunggal dn kebanyakan daripada premium  MRTA/MRTT dimasukan kedalam pinjaman perumahan. Namun, dari segi jangka panjang  ini akan merugikan peminjam kerana pihak bank turut mengenakan  faedah.
Pilihan program  perlindungan insurans ini sebenarnya bergantung kepada peminjam dan pihak bank  tidak berhak memaksa peminjam untuk membeli polisi MRTA/MRTT daripada  mereka.
Jika peminjam  merasakan polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans lebih baik   berbanding dari bank, mereka boleh mengambil program berkenaan dan  kemudiannya membuat penyerahan hak mutlak kepada pihak bank.
...bersambung.
takaful  ikhlas
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


