Profil Korporat Takaful Ikhlas
(Bahagian 2)
Takaful  Ikhlas juga melaksanankan program berdasarkan sistem nilai bagi  semua warga kerja untuk memastikan mereka terus mematuhi nilai teras  syarikat.
Penggunaan teknologi  dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, Takaful Ikhlas telah  membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini sebagai menyokong falsafah kami  untuk mewujudkan kecekapan dan kebersanan dalam memberi perkhidmatan kepada para  peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.
Selain daripada  menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses dibarisan hadapan dan  dibelakang kami, serta menyepadukan kedua-duanya, Takaful Ikhlas juga  merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem e-Covernote yang  menghubungkan Takaful Ikhlas dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ.  Selain itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaraan Tuntutan Elektronik yang  berupaya mempercepatkan proses penilaian tuntutan kenderaan bermotor. Takaful  Ikhlas juga,turut melancarkan portal ejensi, I-POS yang membolehkan para  ejen menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami telah  menjadi perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian  baru serta pembaharuan yang digelar sebagai e-IKHLAS.
Dari sudut korporat,  Syarikaat induk Takaful Ikhlas, MNRB Holdings berhad telah meningkatkan  Modal berbayar kepada RM195 juta bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa selain  mengembangkan perniagaan Takaful Ikhlas dalam industri  Takaful.
Memandang ke hadapan,  prospek bagi dua tahun akan datang mejanjikan percapaian yang lebih baik bukan  hanya kepada Syarikat, bahkan kepada para peserta dan rakan kongsi  perniagaannya. Ini selaras dengan usaha Takaful Ikhlas untuk mengukuhkan  lagi kedudukan dan memberi pulangan yang lebih baik kepada semua pemegang  kepentingan syarikat.
Insya Allah, lebih  banyak kejayaan akan dicapai. Matlamat syarikat adalan untuk menjadikan  Takaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan  dan tiada yang boleh menjadi batu penghalang dalam kami memenuhi hasrat  ini.
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


