Profil Korporat Takaful Ikhlas
(Bahagian 1)
Dalam tempoh  lima  tahun operasi kami, Takaful Ikhlas telah mengukuhkan kehadirannya dalam  penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam. Kini reputasi Takaful  Ikhlas dalam pasaran sebagai satu ‘jenama’ dinamik begitu dikenali  ramai.
Hingga kini, lebih  daripada 1,000,000 individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka  kepada Takaful Ikhlas  dan menjadi pemegang polisi  (peserta).
Komitmen dan pegangan  Takaful Ikhlas kepada nilai-nilai yang amat kami hargai, bersama-sama  dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan perjalanan perniagaan, telah  membina nama baik Takaful Ikhlas atas pendekatan dan penyediaan  perkhidmatan yang beretika.
Portfolio Takaful  Ikhlas meliputi rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Kumpulan dan Am serta  rider-rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan  perkhidmatan yang sedang kami rancangkan untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran  pengedaran/perkhidmatan Takaful khlas yang terdiri daripada lebih 5,000  orang ejen, broker, institusi kewangan pemegang francais kenderaan bermotor,  koperasi dan organasi-organasi Islam.
Dalam tempoh lima  tahun, Takaful khlas telah mewujudkan rangkaian ejensi yang luas dengan  kehadiran kami disemua pusat Bandar utama serta beberapa Bandar kecil, di  Malaysia Barat dan Timur. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk  warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami  yang pantas terhadap para pelanggan dan reputasi kami dalam perkhidmatan  tuntutan yang adil dan cepat. Takaful Ikhlas tidak mempunyai sebarang  pembayaran tuntutan “tertunggak” dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam  bagi kebanyakan kes.
Selari dengan  komitmen Takaful Ikhlas mencapai kecemelangan, kami telah menyediakan  satu sistem pengurusan prestasi yang berdasarkan kepada meritokrasi untuk warga  kerja kami. Takaful Ikhlas  turut mendapatkan khidmat  perunding untuk menjalankan kajian daya kecekapan yang menyeluruh untuk semua  warga kerja bagi mempertingkat kebolehan mereka.
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


