Wang insurans tidak ikut syarak
bukan harta pusaka
(Bahagian 1)
Soalan  :
Anak lelaki saya sudah  meninggal dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak  perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta  arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara  berkelompok arwah kepada balunya.
Dalam  surat itu, beliau  diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut  hokum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga  kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan  ditabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali.
Alasannya ialah wang  insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak  perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu  terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun  Islam.
Jawapan  :
Isu dalam kes ini ialah  sama ada wang pampas an insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau  sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui  syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah  wang tertentu setiap bulan.
Menurut Akta Insurans,  insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis   iaitu insurans nyawa yang dilantik  penama dan insurans penama yang  tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah  menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum  faraid.
Bagi pampasan insurans  nyawa dilantik penama, ada dua  keputusan mahkamah yang berbeza  dimana dalam kes Re : Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re :  Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampas an insurans nyawa  menjadi hak penama.
Namun, dalam kes Re :  Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan  sebaliknya dimana fakta kes lebis kurang sama dengan kes Re : Man Minhat, penama  adalah isteri simati.
Mahkamah memutuskan bahawa  undang-undang Islam adalah sebahagian undang-undang awam negeri. Dibawah  undang-undang Islam, mengikut kajian mahkamah seseorang boleh membuat hibah  harta yang  tertentu ketika hayatnya.
Hibah yang diberi dalam  marad almawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang  waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju.
Surat penama tidak  boleh dianggap sebagai hibah masa hidup keranatiada pindah milik kepada orang  yang menerima.
......bersambung
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


