Wang insurans tidak ikut syarak
bukan harta pusaka
(Bahagian 2)
Oleh itu, mengikut  undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua  waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama.
Hukum berkaitan penama  sudah difatwakan pada 1973 dimana penama  KWSP, Wang Simpanan  Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasam adalah sebagai orang yang  melaksanakan wasiat simati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut  pembahagian faraid.
Penama adalah orang yang  diberi kuasa untuk mengeluarkan wang simati dengan mudah dan segera tanpa perlu  melalui proses pembahagaian harta pusaka mengikut undang undang pembahagian  harta  pusaka.
Namun, penama bukanlah  pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang  amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris  mengikut faraid.
Dalam kes tuan, laporan  polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi  pampas an insurans seperti dinyatakan dalam  surat  syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh menfailkan kes ini diMahkamah Sivil  bagi tuntutan itu.
Namun, rujukan harus dibuat  kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan  Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis  perniagaan sama ada keatas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis  harta adalah haram.
Pada 1985, majority ulama  sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam  jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu  membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi  mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh  syarak.
Fatwa Negeri Selangor Darul  Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insuran nyawa bagi syarikat  insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah  haram.
Maka, tuan perlu meneliti  sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak  atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu.
Jika  syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang  daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia adalah tidak menjadi harta  pusaka.
Hanya  wang pendahaluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh simati saja  menjadi  harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut  faraid.
Berbincanglah secara baik  dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang  sivil dan hokum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu  menurut hokum syarak.
Dipetik dari : Berita  Harian 12 June 2008
Jawapan disediakan  :
Exco Persatuan Peguam  Syarie Malaysia
 
 
 


 
 Posts
Posts
 
 


